Isu-isu kontroversi Samy_Vellu

Hospital dicemari kulat & keretakan MRR2

Sejak memegang portfolio sebagai Menteri Kerjaraya, Samy didakwa oleh pihak pembangkang sebagai terlibat dengan beberapa skandal wang dan penyelewengan kerja dalam beberapa projek pembinaan di Malaysia, termasuklah penemuan kulat yang tumbuh di sistem hawa dingin pada teater operasi di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru pada 2004.[3]

Selain itu, keretakan dan kerosakan beberapa jejambat di lebuh raya MRR2 turut menyebabkan Samy Vellu dikecam dan dimarahi oleh sebilangan besar pengguna, sekalipun semasa kerosakan terakhir berlaku beliau tidak lagi merupakan menteri yang berkait.[4] Walaupun kerosakan tersebut mungkin akibat kontraktor projek tersebut, Samy dikatakan cuai.

Kolej TAFE dan MAIKA Holdings

Walaupun beberapa projek komuniti gergasi beliau gagal tetapi terdapat juga yang berjaya seperti institut AIMST dan Kolej TAFE. Samy juga selalu dituduh memiliki banyak saham pada syarikat-syarikat Malaysia.[5]

Bagaimanapun skandal saham Telekom-MAIKA Holdings masih menghantui beliau. Ramai kaum India didakwa kecewa dan marah dengan tahap pencapaian MAIKA Holding selama hampir 20 tahun yang tahun demi tahun mencatat kerugian.[6][7] Ketika anak Samy, Vel Pari dilantik sebagai Pengarah Urusannya pada 1999, Maika secara teknikal adalah muflis, tetapi kini mempunyai asset RM150 juta. Ini terjadi dengan bantuan kerajaan melalui bantuan pengurusan syarikat pengurusan Danaharta.[8][9]

Tol lebuh raya

Pembinaan Lebuh Raya PLUS dan kutipan tol untuknya pada mulanya merupakan projek mega yang menerima publisiti yang negatif di kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Ia bertambah teruk bila kadar tol dinaikkan secara berperingkat-peringkat. Ketika itu Samy Vellu yang menjadi Menteri Kerjaraya, memperolehi publisiti buruk kepadanya seolah-olah Samy Vellu mengutip tol untuk mengisi koceknya sendiri. Rakyat seolah-olah tidak mahu menerima hakikat bahawa projek tersebut adalah kehendak dan arahan kerajaan dan Samy Vellu, selaku menteri berkenaan, terpaksa melaksanakannya.

Gerakan Anti Samy Vellu